Dato’ Ahmad Azam Dapat Pengiktirafan Kerajaan Negeri

1 min read

Tahniah diucapkan kepada Dato’ Ahmad Azam Ab Rahman, Presiden Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) – sebuah gerakan dakwah untuk mencerdaskan umat.

Dilahirkan pada 21 Jun 1960 di Selangor, Ahmad Azam telah dipilih sebagai Pesuruhjaya Tetap Bebas Hak Asasi Manusia Pertubuhan Kerjasama Islam (IPHRC-OIC) untuk sesi 2019-2022.

Ahmad Azam adalah Pengerusi Global Peace Mission Malaysia (GPM) yang diasaskannya pada tahun 2001.

GPM adalah organisasi kemanusiaan merentas sempadan yang menghantar misi ke seluruh pelosok dunia terutamanya ke Asia Tenggara dan Timur Tengah. NGO ini memberi tumpuan kepada negara-negara yang berada di kawasan yang dilanda perang dan juga negara-negara yang menghadapi bencana alam.

Di persada antarabangsa, Ahmad Azam adalah anggota pengasas Kesatuan NGO Dunia Islam (UNIW) semasa ia ditubuhkan di Istanbul, Turki pada Mei 2005.

Pada tahun 2010, berikutan kebanjiran kemasukan pelarian Rohingya ke Malaysia akibat penindasan di Burma,beliau telah mendirikan Pusat Pendidikan Rohingya. Tujuannya adalah untuk memberi pendidikan kepada para pelarian Rohingya.

Negeri Pulau Pinang telah menganugerahkan beliau pingat Darjah Setia Pangkuan Negeri yang membawa gelaran Dato’ sebagai pengiktirafan terhadap usaha berpanjangan beliau memberi bantuan kemanusiaan di seluruh dunia dan pembelaan hak asasi manusia.

Leave a Reply

Previous Story

Singaporean funded Malaysian ISIS Militant Using Western Union

Next Story

Ebit Lew Forgives Everyone

Latest from Blog

Discover more from Latest Malaysia

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading

Verified by MonsterInsights