All Latest Malaysia Trending and Breaking News

Relationships

Lelaki Pukul Penunggang Motosikal Gara-Gara Ekzos Bising

Penunggang Motosikal, Collision in George Town, RXZ, motorsports event,

MERSING, 30 Sept – Gara-gara tidak berpuas hati ekzos motosikal dibunyikan kuat hingga ang-motosikal-berang-bayi-terjaga-menangis-akibat bayinya, seorang lelaki bertindak memukul penunggang motosikal di sebuah kedai serbaneka di Jalan Ismail, Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Mersing, Superintendan Abdul Razak Abdullah Sani, berkata kejadian kira-kira jam 1 pagi itu berlaku selepas suspek berang mendakwa mangsa memotong kenderaan dinaikinya dan membunyikan ekzos sehingga bayi yang dipangku isterinya terjaga dan menangis.

Penunggang Motosikal

“Suspek kemudian bertindak memukul mangsa yang juga lelaki tempatan. Mangsa mendapatkan rawatan di hospital dan disahkan cedera pada pipi kiri serta perut,” katanya.

Beliau berkata, kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan. Kertas siasatan telah dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya Johor dan suspek akan dituduh di Mahkamah Majistret Mersing esok.

Jika sabit kesalahan, suspek boleh dihukum penjara sehingga satu tahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya sekali. Abdul Razak turut menasihatkan orang ramai agar tidak bertindak mengikut emosi sehingga memudaratkan diri sendiri.

#latestmalaysia

Table of Contents

News Malaysia and Global

Read More News on Latest Malaysia

Read More News on Business News Malaysia

Read More News on SG Business News

Read More News on World Future TV

Read More News #latestmalaysia

Leave a Reply

Discover more from Latest Malaysia

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading

Verified by MonsterInsights