Sejak berakhirnya pandemik Covid global, kita dapat lihat perubahan ketara dalam cara pengguna melihat kesihatan dan pemakanan. Satu kajian terbaru telah menunjukkan ramai cenderung beralih ke arah alternatif penjagaan kulit yang lebih sihat dan penguna cenderung memilih solusi berasaskan tumbuhan.
Seperti yang ditunjukkan dalam laporan oleh NielsenIQ, “Growing Sustainable Beauty Trends for Emerging Brands in 2023,” pengguna semakin positif terhadap produk berasaskan tumbuhan. Trend ini dapat dilihat dalam corak pembelian demografi pengguna yang pelbagai, yang kini cenderung memilih produk kecantikan dan penjagaan diri berasaskan tumbuhan.
Selain itu, penyelidikan yang dilaporkan oleh Personal Care Insights juga telah membuktikan terdapat permintaan yang tinggi dari kalangan pengguna untuk produk kecantikan berasaskan tumbuhan di rantau Asia-Pasifik. Terima kasih kepada faedah dermatologi mereka (tumbuhan), peralihan ini bukan hanya satu trend yang akan pudar kerana alternatif berasaskan tumbuhan ini dengan mudah telah pun menjadi pilihan pengguna bijak yang berpengetahuan.
Kesihatan dan Keselamatan Kulit
Memandangkan pilihan berasaskan tumbuhan dan organik semakin mendapat perhatian, sebagai seorang pengamal perubatan yang mempunyai minat dan menghargai nilai setiap kosmetik, saya boleh katakan pilihan ini bukan hanya mengenai kecantikan, ia juga komitmen terhadap kesihatan dan keselamatan.
Minyak sawit mengandungi antioksidan yang tinggi dikenali sebagai tokol, yang terdapat dalam dua jenis utama: tokoferol yang lebih biasa dan tokotrienol yang lebih jarang, kedua-duanya adalah sejenis vitamin E. Walaupun kedua-duanya menawarkan faedah antioksidan, tokotrienol mempunyai nilai tambahan. Minyak sawit terutamanya kaya dengan tokotrienol, yang menonjolkan beberapa faedah kesihatan minyak sawit. Tokotrienol yang merupakan sejenis vitamin E, telah dikatakan mampu memberi pelbagai kesan kesihatan yang positif, daripada perlindungan saraf terhadap Alzheimer kepada menyokong kesihatan kardiovaskular dan menunjukkan ciri-ciri anti-kanser.
Minyak sawit juga mempunyai vitamin A, yang penting untuk mengekalkan penglihatan yang sihat dan menyokong fungsi imun.
Apabila pengguna semakin cakna dengan kandungan dalam produk yang mereka gunakan, pemintaan terhadap ketelusan dan keselamatan bahan yang digunakan semakin meningkat. Selama bertahun-tahun, minyak sawit telah menjadi bahan semula jadi yang kurang dihargai tetapi digunakan secara meluas dalam banyak produk kecantikan.
Apabila kita menerokai sains kosmetik dengan lebih mendalam, kita akan menyedari kepentingan minyak sawit.
Contohnya, oleokimia asas seperti lemak asid, lemak alkohol, dan gliserol, serta derivatifnya, adalah komponen penting dalam formulasi kosmetik. Sifat-sifat ini diperoleh melalui proses seperti epoksidasi dan sulfonasi. Minyak sawit yang merupakan sumber dominan oleokimia ini kerana kandungan asid lemak yang tinggi dan serbaguna.
Minyak sawit digunakan secara meluas untuk mencipta surfaktan, yang merupakan bahan penting untuk pembersihan dan pembuih, serta pengemulsi, yang menghalang minyak dan air daripada berpisah, dan emolien, yang meningkatkan ransangan dalam krim dan losyen.
Lebih 70% produk kosmetik mengandungi minyak sawit atau derivatifnya menjadikan minyak sawit adalah bahan kosmetik yang amat berharga, kaya dengan Vitamin E dan faktor utama menjadikan kulit lebih sihat, terutamanya di sekeliling mata. Sifat pelembab dan antioksidannya, terutamanya melalui tokotrienol dan beta-karotena – pendahulu kepada Vitamin A, membantu memerangi penuaan pramatang, menangani masalah jerawat, dan membantu dalam penyembuhan luka.
Kedua-dua vitamin A dan E adalah larut lemak, memainkan peranan penting dalam melembapkan kulit kering. Ringkasnya, minyak sawit adalah minyak sayuran paling serba guna di dunia memenuhi keperluan dermatologi pengguna dengan menyediakan penghidratan dan khasiat penting disamping mengutamakan keselamatan pengguna.
Oleh yang demikian, pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) memainkan peranan penting dalam memastikan sumber minyak sawit yang bertanggungjawab untuk pasaran kosmetik. Dengan mematuhi piawaian antarabangsa yang ketat, pensijilan MSPO memberikan jaminan bahawa minyak sawit yang digunakan dalam kosmetik kita diperoleh secara bertanggungjawab. Pensijilan ini berfungsi sebagai bukti kepada usaha industri kosmetik terhadap tanggungjawab alam sekitar dan penyumberan beretika.
Seiring dengan piawaian pensijilan, piawaian keselamatan minyak sawit dalam kosmetik telah melalui penilaian menyeluruh oleh organisasi seperti Panel Pakar Kajian Bahan Kosmetik (CIR). Penilaian mereka telah mengesahkan minyak sawit selamat untuk digunakan dalam kosmetik. Jelas, peralihan industri ke arah minyak berasaskan tumbuhan, termasuk minyak sawit, mencerminkan kesedaran yang lebih luas tentang kesedaran alam sekitar dan masyarakat. Peralihan ini bukan sahaja mesra alam tetapi juga memenuhi kepercayaan dan amalan pengguna yang pelbagai.
Memperkasa Komuniti Melalui Amalan Mampan
Keseluruhan proses untuk mendapatkan minyak sawit bagi produk kosmetik kita sebenarnya adalah perjalanan yang hebat ke arah pemerkasaan dan penjagaan alam sekitar. Dengan memberi sokongan kepada produk yang dihasilkan melalui sumber minyak sawit yang mampan, kami menyumbang kepada amalan buruh yang adil dan menambahbaik kehidupan petani pekebun kecil.
Pendekatan ini mewujudkan situasi menang-menang untuk semua orang yang terlibat termasuk pengguna, pengeluar dan planet ini. Generasi masa hadapan kita akan mendapat manfaat yang besar daripada kesan amalan ini terhadap alam sekitar.
Oleh yang demikian, saya perlu tekankan bahawa pentingnya untuk memperkasakan orang ramai tentang pilihan yang lebih sihat. Pengetahuan adalah kuasa yang sangat besar, dan apabila pengguna tahu lebih banyak, mereka akan memilih dengan lebih baik. Ini bermakna mereka akan mendorong produk di pasaran untuk menjadi lebih mampan.
Jadi, terpulang kepada jenama kosmetik untuk memaklumkan usaha mereka ke arah kemampanan. Mereka perlu menunjukkan dan mendidik pengguna mengenai pengunaan bahan organik adalah perkara yang baik untuk industri, alam sekitar dan komuniti yang menghasilkannya. Sebenarnya, sebagai pengguna, kita memegang kuasa untuk membuat perubahan dengan pilihan kita.
Follow us on:
Read More News #latestmalaysia
More Images


