All Latest Malaysia Trending and Breaking News

RIP

14 Suspek Direman Bantu Siasatan Bunuh Remaja Lelaki di Gurun

Suspek Direman

SUNGAI PETANI, 10 OKT, 2026 – Seramai 14 lelaki berusia antara 16 hingga 24 tahun direman bagi membantu siasatan kes pembunuhan seorang remaja lelaki yang mayatnya ditemukan di tepi semak di Gurun dekat sini semalam. Kesemua suspek yang ditahan di sekitar Gurun sejak semalam dibawa ke Mahkamah Majistret Sungai Petani hari ini bagi mendapatkan perintah reman.

Majistret Noor Fazlina Musa membenarkan 12 suspek direman selama enam hari, manakala dua suspek bawah umur direman selama lima hari.

Suspek Direman

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Semalam, mayat Muhammad Haikal Mohd Shahrilnizam, 19, ditemukan orang awam di tepi semak berhampiran Jalan Harvard Golf Club pada kira-kira pukul 8 pagi. Mangsa ditemukan dengan kesan kecederaan pada muka dan kepala. Ibu mangsa, Azura Zor, 41, berkata beliau amat sedih dengan penemuan mayat anak sulung daripada empat beradik itu selepas remaja berkenaan gagal dihubungi sejak bulan lalu.

Photo: Kosmo

#latestmalaysia

Gurun, pembunuhan, remaja, reman, polis

Table of Contents

News Malaysia and Global

Read More News on Latest Malaysia

Read More News on Business News Malaysia

Read More News on SG Business News

Read More News on World Future TV

Read More News #latestmalaysia

Leave a Reply

Discover more from Latest Malaysia

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading

Verified by MonsterInsights