All Latest Malaysia Trending and Breaking News

WOW

Agrobank lancar video Aidilfitri ‘Pesan Atuk’

Kemeriahan Aidilfitri semakin dirasai dan bagi menyemarakkan lagi sambutan Aidilfitri pada tahun ini, Agrobank telah melancarkan video Aidilfitri berjudul ‘Pesan Atuk’ yang boleh ditonton menerusi media sosial rasmi Agrobank iaitu di YouTube – Agrobank TV, Facebook – Agrobank dan Instagram – @agrobankmy bermula pada 23 April 2022.

Berkisahkan tentang seorang cucu yang mengimbau memori zaman kanak-kanaknya bersama Atuknya yang bekerja sebagai seorang petani dan pengusaha sawah padi, video Aidilfitri ini masih mengekalkan konsep kasih sayang kekeluargaan namun sangat padat dengan mesej kelestarian jaminan bekalan makanan negara di mana pentingnya untuk generasi muda meneruskan legasi sektor pertanian dan agro makanan.

Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin, Presiden / Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank berkata “Dalam keterujaan kita untuk menyambut Aidilfitiri, kami di Agrobank berasa terpanggil untuk menyuntik pesanan penuh makna ini akan kepentingan kelestarian sektor pertanian negara serta menghargai usaha para petani, penternak dan nelayan (agropreneur) di Malaysia dalam memastikan kita mempunyai makanan untuk dinikmati bersama keluarga tercinta setiap hari khususnya menjelang Aidilfitri ini.” @LatestMalaysia

Leave a Reply

Discover more from Latest Malaysia

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading

Verified by MonsterInsights