NILAI – Polis menumpaskan kegiatan kumpulan penjenayah yang aktif memecah masuk tapak pencawang telekomunikasi di sekitar Nilai selepas menahan enam individu termasuk dua wanita. Ketua Polis Daerah Nilai, Superitendan Johari Yahya berkata, kumpulan itu bertindak secara terancang mencabut komponen peralatan sebelum menjualnya di pasaran besi buruk.
Pencawang Telekom.
Suspek berusia 30-an hingga 40-an ditahan dalam siri tangkapan di Nilai dan Mantin. Rampasan termasuk peralatan telekomunikasi seperti Huawei RRU, Quad Band Combiner serta kenderaan digunakan. Semakan mendapati sebahagian besar suspek mempunyai rekod jenayah lampau termasuk kes dadah, kecurian dan samun. Kes disiasat di bawah Kanun Keseksaan.
Table of Contents
Read More News on Latest Malaysia
Follow us on:
Read More News on Business News Malaysia
Read More News on SG Business News
Read More News on World Future TV

