All Latest Malaysia Trending and Breaking News

Top News

Novartis dan Rakan Kongsi Mendorong Inisiatif Kardiovaskular dengan Gerakan Unblocked

Novartis dan Rakan Kongsinya Memperkukuhkan Komitmen untuk Kesihatan Kardiovaskular menerusi Kempen Unblocked Movement di Malaysia
  • Unblocked Movement, cetusan bersama oleh Novartis dan beberapa rakan kongsi untuk membawa pesakit, penjaga, pakar penjagaan kesihatan dan sistem penjagaan kesihatan bersama-sama dalam misi untuk “unblock” halangan kepada kesihatan jantung diteruskan pada 2024.
  • Kini berada di tahun kedua, Unblocked APMA Challenge, sebuah aktiviti serantau selama sebulan yang diadakan baru-baru ini, berusaha untuk memberi inspirasi kepada ribuan kakitangan Novartis di lebih 30 negara untuk mengambil langkah-langkah ke arah penjagaan kesihatan jantung yang lebih baik untuk diri mereka sendiri, keluarga dan rakan-rakan mereka.
  • Kakitangan di Novartis Malaysia telah menempuh 4,035 kilometer, menghabiskan kira-kira 2098 jam melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti daripada latihan kekuatan hingga yoga, dan membakar 715,063 kalori secara kolektif

Petaling Jaya, 30 Julai 2024 –Sejak penubuhannya pada 2023, Unblocked Movement, yang dicetuskan oleh Novartis dan rakan kongsinya dalam ekosistem penjagaan kesihatan, telah berusaha untuk mempromosikan kesihatan jantung yang lebih baik di Asia Pasifik, Timur Tengah dan Afrika (APMA) untuk membantu menangani pembunuh nombor satu dalam rantau ini iaitu penyakit kardiovaskular (CVD). Gerakan ini terus memperoleh momentum melalui inisiatif tempatan dan serantau, serta usaha-usaha berbentuk pendidikan dalam menyingkirkan halangan bagi kesihatan jantung buat jutaan individu.

Novartis: Memacu perubahan tingkah laku pekerja untuk kesihatan jantung yang lebih baik

Sebagai sebahagian daripada Unblocked Movement, Novartis melancarkan Unblocked APMA Challenge 2024, satu pertandingan yang melibatkan kakitangan Novartis di seluruh rantau APMA untuk mengutamakan kesihatan jantung mereka melalui aktiviti fizikal dan kehidupan yang sihat.

Novartis dan Rakan Kongsi Mendorong Inisiatif Kardiovaskular dengan Gerakan Unblocked
Di Taiwan, para ahli Novartis menaiki basikal untuk meningkatkan kesedaran tentang pentingnya kekal aktif.

Kini dalam tahun kedua, Unblocked Challenge dilaksanakan sebagai inisiatif serantau selama sebulan. Lebih daripada 2,000 kakitangan Novartis telah mengambil cabaran ini untuk mempromosikan gaya hidup yang aktif dan sihat dan menggunakan aplikasi kecergasan sosial, GoJoe untuk menjejak aktiviti fizikal masing-masing. Mereka juga digalakkan untuk berkongsi kepentingan kesihatan jantung dengan keluarga, rakan dan rangkaian yang lebih luas.

Tahun lepas,  Unblocked Challenge menyaksikan lebih 1,500 penyertaan di kalangan pekerja, dengan 260 pasukan dibentuk dan lebih 45,000 aktiviti fizikal direkodkan dalam tempoh empat minggu.

Mohamed Elwakil, Presiden Novartis Malaysia dan Brunei menekankan kepentingan Unblocked Movement untuk mewujudkan kesedaran dan mengurangkan CVD:

CVD kekal sebagai punca utama kematian di negara ini dengan rakyat Malaysia mengidap CVD kira-kira 10 tahun lebih muda berbanding penduduk di negara maju. Sebagai sebuah organisasi yang komited untuk menambah baik dan memanjangkan hayat lebih 32 juta rakyat Malaysia, Novartis Malaysia berhasrat untuk meningkatkan kesedaran tentang faktor-faktor yang boleh menggalakkan penjagaan kesihatan jantung.

Semasa Unblocked Challenge tahun lepas, kami telah menyaring 231 kakitangan untuk kolesterol. Ini kerana tahap LDL-c yang tinggi merupakan antara faktor risiko yang diabaikan dalam penyakit CVD.

Novartis dan Rakan Kongsi Mendorong Inisiatif Kardiovaskular dengan Gerakan Unblocked
Novartis Saudi Arabia menyertai Gerakan Unblocked, mengambil langkah untuk kekal sihat jantung dan meningkatkan kesedaran.

Sungguh menggembirakan untuk melihat bahawa telah membawa kepada promosi gaya hidup yang lebih sihat di kalangan rakan kerja kami. Bagi cabaran tahun ini, hanya dalam 4 minggu, kakitangan kami telah menempuh jarak 4,035 kilometer, membakar 715,063 kalori dan menghabiskan 2,098 jam bersenam. Kami berharap usaha mereka akan memberi inspirasi kepada orang lain untuk menjaga kesihatan jantung mereka juga.

Mengenai Unblocked Movement

Novartis dan Rakan Kongsi Mendorong Inisiatif Kardiovaskular dengan Gerakan Unblocked
Tahun lalu, kira-kira 230 rakan sekerja telah menjalani saringan kolesterol, yang mengenal pasti LDL-C tinggi sebagai faktor risiko kardiovaskular, yang menyebabkan beberapa rakan sekerja Novartis Malaysia mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat.

Unblocked Movement ialah inisiatif yang dicetus bersama dengan  rakan kongsi dan disokong oleh Novartis untuk pesakit, penjaga, pakar penjagaan kesihatan dan sistem penjagaan kesihatan dalam misi bersama untuk “unblock” halangan kepada kesihatan jantung. Matlamat kami adalah untuk memacu momentum melalui pembinaan perkongsian mampan merentas ekosistem penjagaan kesihatan untuk meningkatkan kesedaran, dan merangsang tindakan-tindakan dan perubahan tingkah laku ke arah mencapai kesihatan jantung yang lebih baik. Melalui kerjasama dengan kumpulan pesakit, pakar penjagaan kesihatan (HCP), sistem penjagaan kesihatan dan penggubal dasar, pergerakan itu bertujuan untuk “unblock” halangan yang menyekat rakyat daripada mendapat kesihatan kardiovaskular yang lebih baik.

Mengenai Novartis Malaysia

Novartis mempunyai warisan dan legasi yang sangat panjang di Malaysia. Ditubuhkan pada tahun 1971, kami adalah syarikat multinasional terkemuka yang menggaji hampir 700 kakitangan yang bekerja di Novartis International dan Pusat Korporat Novartis, Kuala Lumpur. Dengan kehadiran kami selama lebih 50 tahun di Malaysia, Novartis Malaysia terus melaksanakan tujuan korporatnya untuk mengubah semula perubatan untuk menambah baik dan memanjangkan hayat lebih 32 juta rakyat Malaysia.

Pada 2022, Novartis Malaysia telah diiktiraf sebagai Penaja Terbaik (Sponsor of The Year) oleh Clinical Research Malaysia kerana telah melaksanakan 24 ujian klinikal baharu. Kami juga mempunyai rekod prestasi yang terbukti dalam meluaskan akses kepada ubat-ubatan inovatif kami secara persendirian atau awam melalui kerjasama dengan Kementerian Kesihatan. Melalui kerjasama ini, Novartis telah berjaya menyentuh kehidupan lebih 1.7 juta pesakit Malaysia.

Pejabat Novartis Malaysia kini terletak di bangunan canggih baharu iaitu Plaza Imazium di Damansara Utama, Petaling Jaya. Novartis Malaysia berada dia keseluruhan 2 tingkat bangunan tersebut dan merupakan salah satu daripada 20 pejabat di Malaysia yang mendapat pensijilan LEED Gold dan pejabat pertama yang mendapat pensijilan WELL Silver.

Follow us on:

Read More News at #latestmalaysia #BusinessNews and #WorldFuture

Novartis dan Rakan Kongsinya Memperkukuhkan Komitmen untuk Kesihatan Kardiovaskular menerusi Kempen Unblocked Movement di Malaysia
Para ahli Novartis Malaysia meraikan penyertaan mereka dalam Cabaran Unblocked APMA untuk meningkatkan kesihatan kardiovaskular mereka sendiri dan membakar 715,063 kalori sepanjang cabaran tahun ini.

Leave a Reply

Discover more from Latest Malaysia

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading

Verified by MonsterInsights