Kuala Lumpur, (Bernama): Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) perlu mengadaptasi agility atau ketangkasan dalam organisasi mereka bagi berdepan suasana perniagaan yang semakin dinamik ketika ini.
Mengikut kajian Pengasas dan Pengerusi RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks), Datuk Wira Dr Azizan Osman, ketangkasan tersebut diperlukan bagi perniagaan dapat bertahan dan kekal kompetitif dalam suasana perniagaan yang kerap berubah.
Katanya, apatah lagi COVID-19 yang dilalui sememangnya memberikan impak besar kepada PKS berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan di negara ini.
“PKP mengurangkan aktiviti perniagaan PKS mengakibatkan mereka (usahawan) mengalami tekanan kewangan apabila perbelanjaan melebihi daripada pendapatan yang dihasilkan ketika ini.
“Sehubungan itu, usahawan perlu mengadaptasi strategi-strategi pemulihan untuk tambah baik prestasi perniagaan meskipun ketidaktentuan pasaran,” jelasnya dalam artikel ditulis bertajuk – The Impact of COVID-19 on SMEs in Malaysia and Recovery Strategies dalam academia.edu, baru-baru ini.
Impak COVID-19 kepada PKS dengan pengurangan hasil, gangguan rantaian bekalan, peningkatan kos operasi, kejatuhan ekonomi, moratorium pinjaman, pemberhentian pekerja dan bankrap.
Tambah beliau, pandemik ketika ini turut mendedahkan ‘kelemahan’ ada pada PKS yang mana secara tak langsung memberikan kesan kepada ekonomi negara.
“Selain itu, ia juga mendedahkan betapa pantasnya turun naiknya atau perubahan dalam persekitaran perniagaan selama ini,” ujarnya.
Dalam pada itu, Azizan yang merupakan mentor usahawan dan juga sentiasa tingkatkan ilmunya berkongsikan 8 strategi pemulihan bagi PKS di negara untuk adaptasi dan lakukan bagi kembali bangkit dalam tempoh mencabar ini.
“Salah satunya adalah inovasi yang merupakan adaptasi amalan perniagaan baharu untuk tambah baik prestasi perniagaan.
“Inovasi juga sangat diperlukan bagi kelangsungan hidup PKS supaya dapat menawarkan penyelesaian baharu bagi berdepan cabaran perniagaan selain soal keberadaan dalam digitalisasi,” ujarnya.
Untuk bacaan lanjut, boleh dapatkan kajian lengkap beliau di https://academia.edu/resource/work/49580681.
Latest from Blog
DAP risks losing Penang supermajority; internal estimates show voter discontent amid federal frustrations, local scandals, and…
KFC Malaysia offers a special Mother's Day meal deal of 6-pcs fried chicken for RM28 from…
Teen girl slashed in Penampang over unpaid plumbing fees; suspect arrested, tested positive for drugs, victim…
Singapore's Tan See Leng rejects Worker Party's AI proposals, stressing upskilling over payouts; Low and Giam…
Bersatu expels two assemblymen, suspends four leaders for breaching party constitution; affected members allowed to appeal…
