PETALING JAYA, 24 Julai 2026 – Cubaan seorang lelaki melarikan selaras pump gun milik pengawal keselamatan selepas cuba menyamun sebuah van syarikat keselamatan di hadapan sebuah bank di Bukit Tinggi, Klang pada Isnin lalu berakhir apabila dia ditahan polis. Suspek warga tempatan berusia lingkungan 20-an itu ditahan kira-kira pukul 11 pagi di Shah Alam menerusi operasi khas Bahagian D9 Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Samun Van
Dalam serbuan itu, polis berjaya merampas semula senjata api jenis Mossberg bersama sebutir peluru 12 bore yang dilarikan, selain sepucuk pistol pelepas olahraga jenama Ekol Lite bersama 48 butir peluru blank. Semakan mendapati suspek mempunyai satu rekod jenayah lampau mengikut Seksyen 8 Akta Senjata 1960. Permohonan reman akan dibuat pada 24 Julai di mahkamah.
Kes disiasat mengikut Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan dan Seksyen 4 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.
Table of Contents
Read More News on Latest Malaysia
Follow us on:
Read More News on Business News Malaysia
Read More News on SG Business News
Read More News on World Future TV

