Weng Yat
- Sunderaj Nagalingam, Pengarah Eksekutif Weng Yat Resources Group Berhad, dan Hideki Takizawa, Pengarah Perwakilan Daya Synergy Borneo Co., Ltd., bertukar dokumen pada majlis pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) yang berlangsung di Kuala Lumpur hari ini, memeterai kerjasama bagi membangunkan platform bekalan biojisim untuk pasaran Jepun.
/

Weng Yat Bekal Biomas Ke Jepun, Sasar Hasil Tahunan RM60 Juta

2 mins read

KUALA LUMPUR, 11 Jun 2026 – Pengeluar biomas tempatan, Weng Yat Resources Sdn Bhd, memeterai perjanjian bagi membangunkan platform bekalan biomas untuk pasaran Jepun dengan sasaran menjana hasil tahunan melebihi RM60 juta apabila eksport komersial dilaksanakan sepenuhnya.

Penghantaran komersial dijangka bermula pada awal tahun hadapan.

Syarikat itu hari ini menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan syarikat Jepun, Daya Synergy Borneo Co Ltd (DSB), di Kuala Lumpur bagi memperkukuh rantaian bekalan bahan api biomas untuk menyokong dasar tenaga boleh diperbaharui dan penyahkarbonan Jepun.

“Perjanjian bekalan jangka panjang dijangka dimuktamadkan menjelang akhir tahun ini, dengan penghantaran komersial bermula pada Januari 2027. Ini susulan penghantaran percubaan awal 10,000 tan metrik pelet kayu yang akan dilaksanakan tahun ini,” kata Pengarah Eksekutif Weng Yat Resources, Sunderaj Nagalingam, pada majlis menandatangani perjanjian tersebut.

Beliau turut berkata syarikat menyasarkan untuk menguasai lima peratus daripada pasaran import biomas Jepun dalam tempoh tiga tahun akan datang. Katanya, sasaran itu sudah dianggap besar memandangkan saiz pasaran Jepun yang amat luas.

Inisiatif itu dijangka menyokong sektor penjanaan tenaga biomas Jepun yang bergantung kepada import bahan api biomas termasuk pelet kayu, tempurung isirung sawit (PKS) dan pelet Tandan Kosong Kelapa Sawit (EFB).

Permintaan biomas di Jepun dianggarkan mencecah kira-kira tujuh juta tan PKS dan sembilan juta tan pelet kayu setahun, manakala pelet EFB pula dilihat sebagai segmen yang semakin berkembang didorong oleh faktor kos dan ketersediaan bahan mentah. 

Weng Yat

Menerusi kerjasama itu, DSB akan membantu memudah cara akses pasaran Jepun bagi Weng Yat Resources dengan memanfaatkan rangkaian hubungan sedia ada syarikat itu bersama pedagang biomas dan pengeluar tenaga yang dibangunkan menerusi aktiviti eksport PKS dari Sabah.DSB turut terbabit dalam beberapa projek pembangunan tenaga termasuk cadangan Sistem Penyimpanan Tenaga Bateri (BESS) berkapasiti 100 megawatt (MW) di Hokkaido, Jepun, yang dianggarkan bernilai AS$300 juta.

Weng Yat Resources mengendalikan kemudahan pengeluaran biomas di seluruh Malaysia dan membekalkan produk kepada pelanggan industri serta pembeli antarabangsa.

Strategi bekalan bahan mentah syarikat itu disokong oleh perjanjian jangka panjang dengan 24 kilang kelapa sawit di seluruh negara yang mampu membekalkan

kira-kira satu juta tan metrik EFB setahun.

Menurut Sunderaj lagi, perjanjian itu mencerminkan usaha syarikat menukarkan bahan biomas kepada produk bahan api yang mempunyai nilai eksport.

“Pelbagai projek sedang dilaksanakan pada peringkat berbeza, daripada pembinaan hingga pemasangan peralatan. Tumpuan kami kekal kepada usaha menjadikan bahan biomas yang sebelum ini dianggap sisa sebagai produk bernilai tambah,” katanya.

Sementara itu, Wakil Pengarah DSB, Hideki Takizawa berkata perjanjian berkenaan membuka ruang kepada kerjasama jangka panjang antara pembekal Malaysia dan pembeli Jepun dalam sektor biomas.

Biomas Ke

“Hari ini bukan sekadar pemeteraian MoU, tetapi permulaan kepada hubungan baharu yang dibina atas kepercayaan, saling menghormati dan visi bersama. Kami yakin DSB mampu menjadi jambatan antara Weng Yat Resources dan pasaran Jepun, bukan sahaja dalam perdagangan PKS, pelet kayu dan pelet EFB, malah dalam meneroka peluang perniagaan lain pada masa depan,” katanya.

Ditubuhkan pada 2007, Weng Yat Resources terlibat dalam pengeluaran biomas serta aktiviti industri lain termasuk automotif dan perancah, dengan perolehan gabungan kira-kira RM150 juta.

Syarikat itu turut mengendalikan kontrak Pusat Pengumpulan Sisa Kayu di daerah Klang di bawah Majlis Bandaraya Diraja Klang, dengan bahan yang dikumpulkan digunakan sebagai sumber pengeluaran biomas.

Kumpulan berkenaan mempunyai kemudahan biomas di seluruh Semenanjung Malaysia dan Sarawak. Kilangnya di Tronoh, Perak menghasilkan kira-kira 6,000 tan metrik pelet kayu setiap bulan.

Pelan pengembangan syarikat termasuk pembinaan barisan pengeluaran pelet EFB baharu berkapasiti 5,000 tan metrik sebulan yang dijangka mula beroperasi pada 2027.Selain itu, kemudahan baharu di Kapar, Klang yang dijadual siap pada 2027 akan menambah kapasiti pengeluaran pelet kayu, habuk kayu dan serpihan kayu.

#latestmalaysia

Table of Contents

News Malaysia and Global

Read More News on Latest Malaysia

Read More News on Business News Malaysia

Read More News on SG Business News

Read More News on World Future TV

Read More News #latestmalaysia

Leave a Reply

Previous Story

New: Court Grants Tun Daim’s Daughter Permanent Passport

Next Story

Pemandu Mercedes-Benz Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

Latest from Blog

Discover more from Latest Malaysia

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading

Verified by MonsterInsights