All Latest Malaysia Trending and Breaking News

Countries

FWD Malaysia Menyokong 170 Keluarga Melalui Program Celik Kewangan Dan Saringan Kesihatan Bersama GivingHub 

FWD Malaysia Menyokong 170 Keluarga Melalui Program Celik Kewangan Dan Saringan Kesihatan Bersama GivingHub 

KUALA LUMPUR, 22 Sept 2026FWD Malaysia memperkukuhkan komitmennya terhadap pembangunan komuniti menerusi kerjasama dengan organisasi impak sosial tempatan, GivingHub, bagi melaksanakan program yang memanfaatkan 170 keluarga yang berpendapatan rendah melalui bengkel celik kewangan serta serta saringan kesihatan dan sesi konsultansi kanser.

Aman Chowla, Ketua Pegawai Eksekutif FWD Malaysia, berkata, “Sempena ulang tahun ke-13 FWD, inisiatif ini mencerminkan komitmen kami untuk terus berkhidmat kepada komuniti yang telah memberikan kepercayaan kepada kami selama ini. Di FWD, kami percaya bahawa mewujudkan impak yang bermakna melangkaui sekadar menyediakan perlindungan.

Ia juga melibatkan usaha membantu orang ramai membina masa depan yang lebih sihat, berdaya tahan dan kukuh dari segi kewangan. Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada komitmen kami untuk memperkasa komuniti  dengan memenuhi keperluan sebenar di kawasan yang boleh menerima manfaat daripada sumbangan kami.

FWD Malaysia Menyokong 170 Keluarga

Inisiatif ini adalah sebahagian daripada komitmen kami untuk membantu komuniti yang kurang mendapat perhatian dengan menangani keperluan sebenar dan menyalurkan sokongan kepada mereka yang memerlukannya.Bersama-sama rakan sekerja dan rakan kerjasama kami, kami berharap agar dapat mewujudkan impak yang positif dan berkekalan kepada komuniti yang kami santuni.”

Daripada geran tersebut, FWD dan GivingHub akan melaksanakan Program SEDIABersedia: Hari Ini. Terlindung Esok, sebuah program yang direka untuk membantu 170 keluarga B40 untuk membina masa depan yang lebih sihat dan berdaya tahan dari segi kewangan.

Inisiatif ini menggabungkan pendidikan pemakanan dan gaya hidup sihat, bengkel celik kewangan serta perkhidmatan saringan dan konsultasi kanser bagi meningkatkan kesedaran kesihatan, menggalakkan perubahan tingkah laku yang positif dan memperkukuh kesiapsiagaan dalam menghadapi perubahan hidup yang tidak dijangkakan.

Chun Wah Hoo, Pengarah Urusan GivingHub berkata, “Akses kepada pengetahuan kesihatan dan celik kewangan tidak seharusnya menjadi satu keistimewaan.

Sebaliknya, ia perlu menjadi asas yang boleh dibina oleh setiap keluarga. Melalui kerjasama dengan FWD ini, kami berupaya membawa kedua-dua manfaat tersebut terus kepada komuniti yang paling memerlukannya, bermula dari saringan kesihatan yang praktikal sehinggalah kemahiran untuk merancang masa depan yang lebih terjamin.

Di GivingHub, kami percaya impak sebenar terhasil apabila sifat pemurah digandingkan dengan usaha yang konsisten, dan kami berbangga dapat bekerjasama dengan FWD untuk menyampaikan kepercayaan tersebut kepada sebagai tindakan yang memberi manfaat kepada 170 keluarga dan lebih ramai lagi.”

Pada Ogos 2026, Kumpulan FWD meraikan ulang tahunnya yang ke-13 dan telah mengumumkan pemberian geran kebajikan yang menyokong lebih 13,000 individu dalam komuniti di seluruh Asia. 

FWD ditubuhkan pada tahun 2013 dengan tujuan untuk memperluas industri insurans hayat dan kini telah berkembang daripada operasi awalnya di Hong Kong SAR, Macau SAR dan Thailand kepada sebuah syarikat insurans hayat dan kesihatan pan-Asia yang kini melindungi jutaan pelanggan serta keluarga mereka di 10 pasaran. 

Pada Julai tahun lalu,  Kumpulan FWD turut mencapai satu lagi pencapaian penting apabila disenaraikan di Bursa Saham Hong Kong di bawah kod saham 1828. 

FWD Malaysia Menyokong 170 Keluarga Melalui Program Celik Kewangan Dan Saringan Kesihatan Bersama GivingHub 
Penerima geran kebajikan FWD x GivingHub 2025 telah menikmati pelbagai manfaat menerusi program celik kewangan, demonstrasi masakan sihat dan saringan kesihatan yang dijalankan.
News Malaysia and Global

Read More News on Latest Malaysia

Read More News on Business News Malaysia

Read More News on SG Business News

Read More News on World Future TV

Read More News #latestmalaysia

Leave a Reply

Discover more from Latest Malaysia

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading

Verified by MonsterInsights