PETALING JAYA, 22 Ogos 2026 – Keluarga salah seorang mangsa kemalangan maut membabitkan dua penunggang basikal di Persiaran Selatan, Putrajaya malam kelmarin merayu orang ramai yang mempunyai rakaman kamera papan pemuka (dashcam) tampil membantu siasatan.
Permohonan itu dikongsi melalui akaun TikTok @8didieymelody92_official, yang turut mengucapkan terima kasih kepada individu yang telah menyerahkan rakaman kejadian. “Suami anak saudara saya kena langgar dan meninggal. Sesiapa lagi yang ada rakaman dashcam boleh DM saya,” katanya.
Kemalangan Basikal
Seorang pengguna Threads, @shaikhalie, memaklumkan kakaknya yang juga seorang doktor antara individu terawal membantu memeriksa nadi mangsa di lokasi. Rakaman dashcam menunjukkan kedua-dua mangsa terpelanting ke tepi jalan, dengan salah seorang terseret beberapa meter, manakala topi keselamatan turut tercampak ke tengah jalan.
Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Aidi Sham Mohamed, mengesahkan mangsa, Mohd. Hilmi Tahar, 48, dan Syazwan Zharif Abdul Karim, 30, meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah di muka dan kepala.
Siasatan awal mendapati pemandu kereta terbabit mengubah haluan dari lorong tengah ke kiri sebelum merempuh mangsa. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Courtesy of Social Media
Table of Contents
Read More News on Latest Malaysia
Follow us on:
Read More News on Business News Malaysia
Read More News on SG Business News
Read More News on World Future TV
Read More News #latestmalaysia


