BANGKOK – Seorang pengawal keselamatan di Phuket dikejarkan ke hospital selepas dipatuk ular tedung selar sepanjang kira-kira 4 meter ketika cuba menangkap reptilia itu dengan tangan kosong. Kejadian berlaku pada 20 Ogos lalu, menyebabkan tangan mangsa bengkak sebelum dia dirawat dan dilaporkan pulih. Ular seberat hampir 5 kilogram itu kemudiannya ditangkap dan dibawa ke Patong untuk penilaian. Pakar ular tempatan, Vincent Vinnie Modell, menyifatkan ular tersebut sebagai antara terbesar ditemuinya dalam beberapa bulan, malah sangat agresif hingga cuba menggigitnya lebih tujuh kali ketika pemeriksaan. – AGENSI
Ular
Table of Contents
Read More News on Latest Malaysia
Follow us on:
Read More News on Business News Malaysia
Read More News on SG Business News
Read More News on World Future TV

