Malaysian Vapers Alliance (MVA) kecewa dengan langkah Kerajaan meluluskan larangan vape di negara ini, bersama-sama dengan tembakau dan produk lain.
RTBA Malaysia, gabungan perniagaan, peruncit dan pemegang tanda dagangan yang bekerjasama untuk melindungi industri runcit dan pembekal di rantau Asia-Pasifik daripada kesan perlakuan jenayah, menyatakan kebimbangannya mengenai kelulusan Kabinet terhadap larangan tembakau dan vape di negara ini pada sidang Dewan Rakyat yang akan datang.
Malaysia adalah sebuah negara yang progresif. Melaksanakan larangan menyeluruh dan mengambil hak warganegara akan menjejaskan perniagaan dan peruncit yang sah. RTBA Malaysia menentang keras larangan ini kerana ia bukan penyelesaian pragmatik untuk mengurangkan kelaziman merokok.
Malah, larangan seperti ini hanya akan menguntungkan sindiket jenayah dengan menyemarakkan pasaran gelap, sama ada untuk tembakau atau vape. Sebaik sahaja mereka mengambil alih pasaran, kos sosio-ekonomi akan menjadi tidak munasabah melambung tinggi.

Pasaran rokok haram sekarang, pada kadar 58.4%, telah menyebabkan kerajaan kehilangan hasil cukai RM5 bilion. Pengharaman akan menyebabkan angka ini meningkat. Larangan tambahan terhadap produk vape hanya akan mewujudkan aliran hasil baharu untuk sindiket jenayah, seterusnya memberi kesan kepada ekonomi Malaysia.
Walaupun Kementerian Kesihatan telah memberi jaminan bahawa ia akan meningkatkan usaha penguatkuasaan, sejarah telah membuktikan berkali-kali bahawa usaha ini tidak berkesan. Adalah naif untuk berfikir ia akan berbeza kali ini.
Ia Adalah tindakan yang salah bagi Kerajaan mengkategorikan vape dengan rokok tradisional, sedangkan terdapat bukti saintifik yang mencukupi untuk menunjukkan bahawa produk ini berbeza sama sekali.
Bukti penyelidikan bebas di seluruh dunia membuktikan bahawa walaupun vape mempunyai risiko, risiko tersebut jauh lebih rendah berbanding dengan merokok. Vape juga telah berjaya membantu ramai perokok dalam berhenti merokok. Sungguh mengecewakan melihat Kerajaan terus mengabaikan sains dan bukti-bukti yang ada.
Dengan larangan itu, Kerajaan mengambil hak vaper yang telah membuat pilihan untuk menggunakan produk yang terbukti kurang berbahaya. Dan lebih teruk, memaksa vaper beralih kepada produk yang tidak terkawal.
Ini adalah salah dan MVA menyeru Kerajaan menyemak semula keputusan ini.
