Dua lelaki berusia lingkungan 30-an maut selepas tertimbus dalam lubang ketika dipercayai mendulang emas secara haram di anak sungai Ladang Sawit Jerimbong, Jeli. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jeli, Adni Ibrahim berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 8.20 malam.
Emas Haram
Operasi mencari bermula 9.20 malam, mangsa pertama ditemui lima minit kemudian manakala mangsa kedua dijumpai pada 11.18 malam. Kedua-duanya disahkan meninggal dunia di lokasi. Seorang lagi rakan mangsa terselamat daripada runtuhan. Penemuan pam penyedut tanah di kawasan tersebut menguatkan syak mereka menjalankan aktiviti melombong emas secara haram. – KOSMO! ONLINE
Table of Contents
Read More News on Latest Malaysia
Follow us on:
Read More News on Business News Malaysia
Read More News on SG Business News
Read More News on World Future TV

