Juara Dunia
Malaysia Juara Dunia Sepak Takraw Selepas Tewaskan Thailand
////

Malaysia Juara Dunia Sepak Takraw Selepas Tewaskan Thailand

1 min read

KUALA LUMPUR, 24 Mei — Skuad sepak takraw negara muncul juara dunia acara regu berpasukan selepas menewaskan musuh tradisi, Thailand, dalam aksi final Piala Dunia Sepak Takraw di Stadium Titiwangsa. Kemenangan itu bagaimanapun dibayangi kontroversi apabila regu ketiga Thailand enggan meneruskan permainan kerana memprotes keputusan pengadil. Insiden berlaku selepas pemain Thailand mendakwa pengadil membatalkan mata mereka walaupun ulang tayang menunjukkan kaki Puthawan Sopa melepasi garisan sebelum melakukan libasan.

Juara Dunia

Regu pertama Malaysia, dibarisi Muhammad Zulkifli Abd Razak, Muhammad Afifuddin Razali, dan Aidil Aiman Azwawi, menyumbang mata pendahuluan dengan kemenangan 15-9, 13-15, 15-12. Thailand menyamakan kedudukan menerusi regu kedua mereka yang menewaskan trio Malaysia, Muhammad Haziq Hairul Nizam, Mohamad Azlan Alias, dan Farhan Adam. Namun regu ketiga negara, Muhammad Zarif Marican Ibrahim Marican, Hafizul Hayazi Adnan, dan Amirul Zazwan Amir, mengesahkan kemenangan selepas trio Thailand enggan meneruskan permainan ketika kedudukan 15-13, 14-13.

#latestmalaysia

Table of Contents

News Malaysia and Global

Read More News on Latest Malaysia

Read More News on Business News Malaysia

Read More News on SG Business News

Read More News on World Future TV

Read More News #latestmalaysia

Leave a Reply

Previous Story

Kereta tersadai tiga hari rupanya ada mayat

Next Story

New: Anwar Assigns Tengku Zafrul to Oversee Pandan

Latest from Blog

Discover more from Latest Malaysia

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading

Verified by MonsterInsights