Foto roti yang pada bungkusannya ditampal foto Dato Seri Azmin Ali ini menimbulkan pertanyaan. Pertama sekali, adakah roti ini sememangnya pemberian dari beliau dan keduanya, jika bukan, siapakah pula yang mengedarkannya?
Bagaimanapun ada juga kemungkinan foto yang tular melalui Whatsapp ini sebenarnya adalah foto lama tetapi ditularkan semula.
Maklumat lanjut kisah sebalik foto ini belum diperolehi. Apapun penerima roti ini sangat beruntung kerana ia nampak sedap.
Ahli Parlimen Umno Tolak Keluar Kerajaan
“Sebahagian ahli Parlimen UMNO saya tidak bersetuju dengan gesaan Presiden parti Datuk Seri Dr Zahid Hamidi supaya keluar daripada kerajaan Perikatan Nasional (PN).
“Ini adalah kerana mereka berpandangan sekarang bukan masa sesuai untuk berpolitik sebaliknya semua pihak perlu memberi keutamaan dan perhatin terhadap menangani pandemik Covid-19.”
Menurut laporan Utusan Malaysia, penolakan itu ditegaskan oleh seorang pemimpin kanan parti itu setelah ahli-ahli Parlimen dipanggil bersemuka dengan Ahmad Zahid di ibu pejabat UMNO di Kuala Lumpur semalam.
Laporan itu berkata antara yang kelihatan hadir menemui Zahid ialah Ahli Parlimen Pekan Datuk Seri Najib Tun Razak dan Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan.
Bagaimanapun belum ada apa-apa kenyataan rasmi mengenai pertemuan ini.
Keadaan menjadi semakin menarik kerana semalam kerajaan memaklumkan bersedia membuka Parlimen pada 26 Julai depan.
