KUALA KRAI: Hasrat seorang wanita untuk pulang menyambut Hari Raya Aidiladha bersama keluarga di kampung halaman berakhir tragedi apabila maut dalam kemalangan di Jalan Gua Musang-Kuala Krai berhampiran sebuah stesen minyak di Laloh, di sini hari ini.
Wanita Maut
Dalam kejadian kira-kira pukul 7.15 pagi itu, Safinaz Razmi, 52, meninggal dunia di lokasi selepas kereta jenis Perodua Bezza yang dinaikinya dipercayai bertembung dengan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Alphard.
Toyota Alphard tersebut dinaiki enam individu termasuk dua kanak-kanak lelaki. Punca kejadian masih disiasat pihak berkuasa.
#FOTO IHSAN BOMBA

